11 March 2020

HAFIZ HAMIDUN GEMBIRA PUNYAI ANAK ANGKAT


"Assalamualaikum. Moga amanah dari Allah ini dapat saya dan keluarga jaga dengan penuh kasih sayang dan membesar menjadi insan yang soleh dan berakhlak sempurna," demikian kongsi penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun, yang teruja mengambil anak angkat.





Hafiz juga berkongsi nama bayi lelaki yang dinamakan sebagai Hamdee Hafiz itu.

"Semuanya masih di peringkat awal dan banyak lagi perkara yang perlu saya uruskan. Saya berkongsi di Instagram untuk luahan rasa teruja sebagai bapa kepada pengikut.

"Insya-Allah, dalam masa terdekat, saya akan kongsikan lebih banyak maklumat mengenai bayi ini," ujar Hafiz ketika dihubungi media.

Memiliki anak angkat itu mengiringi beberapa selebriti lain yang turut mengambil anak angkat sebelum ini. Antaranya ialah Hael Husaini, Ippo Hafiz, Achey dan Sufian Suhaimi.

Tahniah diucapkan!

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: