04 March 2020

TUNAI UMRAH - ISTERI ALIFF SYUKRI TUNDA PULANG MALAYSIA DISEBABKAN CORONAVIRUS


"Sebab isu coronavirus kami sepatutnya pulang esok tapi kena stay lagi di sini dan kembali ke Madinah. Mungkin 2-3 hari delay dari tarikh asal. Apa pun hikmahnya dapat la kita beribadah lebih lama. Dapat pergi masjid nabi dan ke raudhah lagi. Amin," tulis isteri kepada usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid menerusi Instagram Stories miliknya.





Datin Seri Shahida yang kini mengerjakan ibadah umrah itu mendedahkan dia terpaksa menunda tarikh pulang ke Malaysia disebabkan wabak koronavirus (COVID-19). Menurut Shahida, mereka sekeluarga akan kembali ke Madinah dan menggunakan masa itu untuk beribadah.

Shahida bersama lima orang anaknya, Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan termasuk yang baru berusia dua bulan Raudhah Arshiyah berada di tanah suci bagi sejak 23 Februari lalu. Selain itu, Shahida juga turut ditemani ibu bapanya, nenek mentuanya serta pembantu rumah.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Datin Seri Shahida


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: