Sebut sahaja nama pelakon Datin Paduka Eina Azman, pasti ramai yang mengenalinya. Meskipun sudah mempunyai dua orang anak, dia tetap kelihatan anggun. Baru-baru ini menerusi akaun Instagram, Eina ada memuatnaik video memaparkan susuk tubuhnya yang terkini. Rata-rata netizen memuji dia kelihatan sangat langsing dan menawan seperti anak dara.

Disebalik komen pujian yang diterima, ada pula beberapa individu yang membandingkan tubuh badan Eina dengan seorang usahawan kosmetik terkenal, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman. Tidak hanya berdiam diri, Eina tampil membalas komen tersebut dan menyatakan dia seorang wanita tulen.
Sangat berbeza dengan Sajat yang sebelum ini jantinanya didedahkan Mufti Wilayah Persekutuan sebagai lelaki selepas kontroversi lengkap berpakaian telekung dan purdah ketika menunaikan umrah. Tubuh Eina itu sangat mantap dan menjadi idaman setiap wanita. Ada ke patut disamakan dengan Sajat, bagaikan langit dengan bumi.
Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Eina Azman
________________________

No comments:
Post a Comment