05 March 2020

DIDAKWA PUKUL ANAK ANGKAT UNTUK YOUTUBE - USAHAWAN KOSMETIK DISIASAT POLIS


Disebabkan mahu merakam gelagat anaknya menangis ketika sesi rakaman video, seorang usahawan kosmetik terkenal didakwa telah bertindak kasar dengan memukul anak angkatnya.

Dalam satu laporan polis pembantu rumahnya yang juga merupakan saksi yang viral di media sosial, usahawan kosmetik itu dikatakan memukul kanak-kanak itu di kediamannya yang terletak di Kota Damansara.





Dakwa saksi tersebut, usahawan terbabit telah bertindak mengangkat tangan kepada anak angkatnya hanya kerana ingin merakam video Youtube yang menyaksikan gelagat anak angkatnya itu sedang menangis.

Dia kemudian telah meminta pembantu rumah berkenaan untuk membawa kanak-kanak itu ke dalam sebuah bilik kasut sebelum mengarahkannya untuk memukul mangsa. Akan tetapi, pembantu rumah ini mengakui bahawa dia tidak berani dan enggan menuruti arahan usahawan tersebut untuk memukul mangsa kerana risau kanak-kanak itu akan tercedera.

Dakwa pembantu rumah itu lagi, usahawan kosmetik dengan sendirinya telah memukul mangsa menggunakan kasut dan telah mencubit badan mangsa sehingga meninggalkan kesan lebam. Tambahnya, tujuan dia membuat laporan polis adalah untuk melindungi dirinya daripada difitnah dan dituduh memukul mangsa.

Klik untuk gambar besar


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Kami sudah merakam keterangan daripada semua saksi termasuk suspek. Kertas siasatan berhubung kejadian itu dijangka siap dalam minggu ini. Ia akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

"Ia akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001," ujarnya dipetik sebagai berkata melalui Harian Metro.









         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: