03 March 2020

WANI KAYRIE: "BERJAYA HARUNGINYA... HANYA KURANG 0.03 UNTUK ANUGERAH DEKAN"


Penyanyi Wani Kayrie menerusi laman Instagram telah berkongsi keputusan peperiksaan semester ketiga yang diperolehinya baru-baru ini kepada umum. Menurut Wani, biarpun tidak dapat mengekalkan namanya dalam kelompok penerima anugerah dekan seperti semester lalu, namun, dia bersyukur dengan apa yang diraihnya itu.





Wani, atau nama sebenarnya, Wani Kayrie berkata, dia berjaya memperoleh Purata Nilai Gred (PNG), 3.47 sahaja: "Januari dan Februari merupakan bulan yang mencabar buat saya untuk fokus terhadap dua perkara besar iaitu peperiksaan akhir semester 3 dan lapan minggu komitmen bagi program Dansa Dan Sing.

"Saya kongsikan hal ini sebagai motivasi kepada pengikut saya yang masih lagi belajar dan juga sebagai motivasi buat diri saya sendiri. Alhamdulillah, dengan sokongan keluarga, kawan-kawan dan pensyarah, saya berjaya harunginya walaupun hanya kurang 0.03 untuk tersenarai dalam penerima Anugerah Dekan.

Klik untuk gambar besar


"Tidak ada rezeki untuk semester ketiga, namun Allah ganti dengan rezeki tempat keempat dalam Dansa Dan Sing bersama @delitz.official. Rezeki tidak pernah salah alamat yang penting adalah usaha kita yang berterusan dan niat yang benar. Insyaallah," coretnya menerusi satu entri di Instagram.

Begitupun, menerusi slip keputusan tersebut, secara keseluruhan, Wani masih berjaya mengekalkan keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.53. Pelantun lagu 'Jangan Jangan' itu kini sedang menyambung pengajian dalam jurusan undang-undang di sebuah universti swasta di Selangor. Wani merupakan antara artis tempatan yang dikenali dengan pencapaian cemerlangnya dalam akademik.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Wani Kayrie


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: