04 March 2020

ISTERI JUARA PROGRAM DA'I DIDAKWA HARI INI


"Mangsa pernah berurusan dengan wanita berkenaan pada tahun 2017 yang menjanjikan menguruskan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan sijil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk jamu.





"Mangsa sudah membayar kira-kira RM11,000 kepada wanita terbabit namun sehingga tahun lalu tiada proses dijalankan dan mangsa merasa tertipu," demikian kata Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail ketika dihubungi media.

Untuk info, isteri juara program Da’i itu ditahan polis di pejabatnya di Desa Melawati di Kuala Lumpur selepas dipercayai menipu seorang pelanggan.

Tambahnya lagi, wanita terbabit akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: