24 March 2020

'WANITA TRIVAGO' KINI BERHIJAB - "SAYA TAKUT TAK SEMPAT"


"Saya dah balik umrah nak dekat sebulan yang lalu. Ingatkan nak berhijab masa bulan Ramadan tapi macam tak nak tangguh takut tak sempat.

"Saya beritahu diri saya, nak tingkatkan secara rohani dulu barulah berhijab tapi makin hari rasa macam Tuhan tengah tunggu untuk saya bergerak.





"Hati saya macam rasa berhutang, rasa macam dah dijentik. Tapi kalau saya biarkan sahaja benda tu, takut lepas ni tak dapat petunjuk tu. Jadi, saya pun pakai hijab.

"From the bottom of my heart, thank you pada semua yang mendoakan. Love you all!," ujar pengacara HLive, Dahlia Shazwan yang popular dengan gelaran ‘wanita Trivago’.

Dia kini telah tampil berhijab selepas mendapat petunjuk daripada Allah. Malah dia juga mendapat sokongan penuh daripada suami, ahli keluarga dan teman rapat.

"Saya bertuah dikelilingi keluarga, suami dan teman yang sangat memberikan sokongan.

"Ada antara teman yang turut berkongsi pengalaman pakai tudung buat kali pertama dan saya sangat hargainya," ujarnya dipetik sebagai berkata pada media.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: