24 March 2020

FAHMI ESMAIL (MENTOR), BANTU BAWA PULANG RAKYAT MALAYSIA DARI IRAN


"This was my #ootd for yesterday’s special mission flight. Safety and precautions are the most important key for the flight to ensure “zero infection” to staffs. Kudos everyone for all the hardwork and determination to complete this mission. It was such a great experience!





"Tahniah kepada semua atas segala kerja keras dan kecekalan untuk menyelesaikan misi ini. Ia adalah satu pengalaman hebat.

"Terima kasih kepada AirasiaX, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Luar Negeri, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan krew penerbangan di atas peluang ini," ujar Bekas peserta Mentor Legend yang kini bergelar pramugara syarikat penerbangan, Air Asia, Fahmi Esmail.

Klik untuk gambar besar


Dia adalah antara kru penerbangan yang membantu membawa rakyat Malaysia pulang dari Tehran, Iran iaitu antara negara paling teruk dilanda wabak Covid-19.

"Ini adalah gambar saya ketika misi penerbangan khas semalam. Aspek keselamatan dan pencegahan adalah kunci paling penting dalam setiap penerbangan untuk memastikan tiada jangkitan kepada kakitangan," kongsinya di IG.

Untuk info, seramai 46 individu, termasuk 10 kanak-kanak yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Tehran, dibawa pulang dalam penerbangan khas yang berlepas dari ibu kota Iran itu.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: