11 April 2020

4 TAHUN CERAI, FARAH LEE MASIH TERSASUL NIAT SOLAT SEBAGAI 'MAKMUM'


"Walaupun cerai pun dah masuk 4 tahun dan belum jumpa Imam yang berkenan di hati hikhik.. still tiap kali nak solat akan tersilap niat as makmum. Taktau lah sebab dah terbiasa atau tu tanda tak kusyuk, atau mungkin jugak tanda perlu cari imam baru cepat2 ni," begitulah seloroh Farah Lee yang masih bergelar ibu tunggal.





Mengenai PKP, katanya dia tak berani nak keluar ke mana-mana kerana bimbangkan keselamatan anaknya.

"Farah memang tak berani nak keluar mana2 time PKP ni sebab yelah stay berdua je dengan Maream, kalau nak keluar akan kena bawak dia sekali. Urgent macam mana pun buat2 tak urgent. Risau kannn.? Huhu.. But alhamdulillah walaupun stock makanan dah nyawa2 ikan, tapi Farah amalkan supplement," tambahnya.

Klik untuk gambar besar


Untuk info, Farah dan bekas suami, pengacara TV3 Ally Iskandar bernikah pada 20 Januari 2012. Bagaimanapun, mereka berdua berpisah pada 17 Ogos 2016.

Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Maream Esabel, 6.





         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: