11 April 2020

PENYANYI AIMAN TINO & FARA HAZEL DAPAT ADIK LAGI


"Ini satu-satunya proses kelahiran yang saya lihat isteri seakan sedang bertarung nyawa. Saya kasihan melihat keadaannya yang terpaksa bertahan hampir lapan jam di bilik bersalin .

"Selalunya kurang dari dua jam dia sudah melahirkan anak, tapi kali ini proses kelahiran luar biasa. Jadi mungkin sudah tiba masanya untuk 'tutup kilang' seperti yang disarankan doktor," kata Yusry Ishak, bapa kepada penyanyi Aiman Tino, 21 dan Fara Hazel, 25.





Ini berikutan kedua-dua penyanyi itu dikurniakan adik perempuan apabila ibu mereka, Hazelina, 43, melahirkan anak ke-11, kelmarin dan diberi nama Nina Delisya.

"Soal zuriat ini adalah rezeki Allah. Namun, disebabkan usia isteri yang semakin meningkat serta doktor juga menyarankan supaya isteri tidak lagi hamil, saya ikut saja.

Klik untuk gambar besar


"Lagipun masa menantikan isteri bersalin timbul rasa insaf dalam diri dan tidak mahu isteri hamil lagi kerana kasihan melihat keadaannya yang letih. Mujurlah saya ada di sisinya ketika itu. Saya juga bakal menimang cucu hujung tahun ini. Jadi nak tambah anak pun rasa tak sesuai," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Untuk info, selain Aiman dan Fara, Yusry dan Hazelina dikurniakan lapan lagi anak iaitu Mohd Aidil, 24, Nurfarazira, 23, Nur Isfasha, 17, Mohd. Haikal, 13, Nur Alya Mahsuri, 10, Nur Qaseh Mahsuri, 8, Mohd. Ikhwan, 5 dan Nur Nina Izara, 4.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: