29 April 2020

AKHIRNYA AYDA JEBAT DAN NABIL MAHIR SAH BERTUNANG ONLINE


Sebelum ini, anda pasti sudah mendengar nikah secara online!

Terkini, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat dan kekasihnya Nabil Mahir pula bertunang secara online setelah menerima lamaran kekasihnya pada Mac lalu.





Hal tersebut disahkan sendiri oleh Ayda Jebat bahawa dia kini sudah menjadi tunangan Nabil Mahir secara online.

"Proposal on my birthday, Engagement on your birthday. I know we can make it until the end of our days. Officially, My Fiancé," kongsi Ayda.

Klik untuk gambar besar


Malah dia turut memberi serangkap pantun:

"Kumbang sudah merisik bunga,
Direstui oleh ahli keluarga,
Lamaran diterima pertunangan pun juga,
Walaupun online tetap mesra dan bahagia."



Apa yang menarik, mereka berdua telah tampil sedondon mengenakan pakaian merah jambu. Ini kerana, teknologi terkini telah membuatkan gambar pasangan itu kelihatan seperti berada di tempat yang sama meskipun berada di lokasi yang berbeza.

"To the most wonderful person I’ve ever known, To the most loving, caring, generous, honest, faithful & responsible person I’ve ever met, To my precious, To my budak manja ever, To my soon to be husband, Happy Birthday Future," tambah Ayda yang rasa bahagia meskipun majlis diadakan secara online sahaja.

Doa peminat mereka, semoga ikatan ikatan pertunangan yang dibina ini akan kekal hingga ke jinjang pelamin. Tapi lepas ni, pesan mereka jangan nikah online pula!

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: