28 April 2020

"KOYAK BETUL RUPANYA" - AMIN IDRIS TAK GENTAR TUNTUTAN RM1 JUTA USTAZ ABU


Nama Ustaz Abu Syafiq ketika ini sedang hangat diperkatakan selepas kenyataannya yang dikatakan seolah-olah mempertikaikan perkongsian di Facebook Ustaz Ebit Lew. Menurutnya, berkongsi gambar dan video orang miskin yang susah adalah perbuatan haram kerana dikhuatiri boleh mengaibkan mereka.





Meskipun tidak menyatakan status itu ditujukan kepada siapa, namun netizen membuat andaian bahawa kenyataan berkenaan ditujukan kepada Ustaz Ebit Lew. Rata-rata netizen kurang senang dengan apa yang dikatakan olehnya dan mengecam pendakwah itu.

Namun, Ustaz Abu Syafiq menegaskan dia tidak akan memohon maaf terhadap Ustaz Ebit Lew kerana jelasnya kenyataan yang ditulis mengenai menjaga aib ketika memberi sumbangan bukan ditujukan kepada pendakwah terkenal terbabit.

Klik untuk gambar besar


Terkini, muncul pula kontroversi baru diantara Ustaz Abu Syafiq dengan penceramah bebas dan personaliti TV, Amin Idris sehingga didakwa kes itu bakal dibawa ke mahkamah. Kes tersebut dikatakan bermula berikutan isu status di Facebook Ustaz Abu Syafiq yang didakwa mengeluarkan kenyataan negatif terhadap Ustaz Ebit Lew, kemudian akaun Facebooknya dinyahaktif kerana dikatakan telah digodam.

Perkara itu mendapat perhatian Amin Idris yang tampil memberikan teguran di atas tindakan Ustaz Abu Syafiq itu dan rata-rata netizen menyokong dengan apa yang dikatakan oleh Amin Idris. Bagaimanapun, Amin Idris memaklumkan menerima mesej dari Ustaz Abu Syafiq agar dia memohon maaf secara terbuka.

Malah, Amin Idris berkata dia baru menerima surat daripada peguam Abu Syafiq menuntut RM1 juta berserta permohonan maaf. Melihat pada perkongsian di Facebook, Amin Idris memberitahu menerusi surat tuntutan tersebut, peguam Abu Syafiq berkata disebabkan perkongsiannya sebelum ini anak guamnya telah menerima pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat dan kecaman.



Menerusi surat tersebut, Abu Syafiq menuntut Amin Idris meminta maaf tanpa syarat di semua medium dan permohonan tersebut mesti diluluskan oleh beliau: "Menurut peguam Abu Syafiq, posting tersebut telah menyebabkan anak guamnya menerima pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat, beratus-ratus kecaman, ugutan dan komen sinis yang tidak benar.

Malah, Amin Idris berkata di beri tempoh 7 hari untuk membuat permohonan maaf dan membayar RM1 juta kepada Ustaz Abu Syafiq. Tidak gentar dengan tuntuan saman itu, Amin Idris berkata dia tekad untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.



Terbaru, setelah berbincang dengan peguamnya, Amin Idris berkata dia tidak akan memenuhi tuntutan tersebut dan tekad untuk berlawan dengan pendakwah tersebut mengikut prosedur undang-undang. Dalam pada itu, Amin Idris turut memohon rakyat Malaysia untuk mendoakannya.

"Semalam, saya telah mengarahkan peguam yang mewakili saya untuk membalas surat tuntutan dari Abu Syafiq (Rasyiq Alwi). Setelah brainstorming bersama peguam, team research, saya nekad untuk TIDAK MEMOHON MAAF & MEMBAYAR GANTI RUGI RM1 JUTA seperti mana dituntut Abu Syafiq. Jadi, Ustaz Abu Syafiq... it's official. KITA LAWAN di mahkamah. Mohon rakyat Malaysia doakan saya," tulisnya.

Terdahulu Amin Idris telah menulis sebuah posting di laman sosial menyebut nama Abu Syafiq sebagai seorang yang suka mengata, memaki hamun dan memfitnah orang lain. Menerusi posting tersebut Amin Idris turut mendakwa Abu Syafiq menghubunginya menerusi mesej peribadi FB memintanya memohon maaf.




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: