28 April 2020

BILA FIZZ HADIAHKAN ALMY NYANYIAN & UCAPAN MIMI PERI SEMPENA HARI LAHIR


Semalam iaitu tarikh 27 April, usia pelakon Datin Almy Nadia telah genap 34 tahun. Sempena meraikan ulang tahun kelahiran isteri, pelakon Datuk Fizz Fairuz menerusi laman Instagram telah menghadiahkan nyanyian dan ucapan istimewa daripada selebriti media sosial Indonesia yang popular dengan karakter lucu, Mimi Peri.





"Hahaha.. ucapan khas untuk darling @almynadiaofficial, terimalah ucapan khas dari kayangan. Semoga sukses selalu buuuuuu haha....mama... @mimi.peri wish tu tau... haha, aku senak nak gelak haha," tulisnya di ruangan kapsyen.

Mimi Peri yang mempunyai lebih 1.6 juta pengikut dikenali dengan karakternya yang mencuit hati yang sering menggelarkan dirinya sebagai orang kayangan. Apa yang istimewanya, dalam ucapan tersebut, Mimi Peri turut menyebut nama Datin Almy Nadia. Situasi itu sekali gus menyebabkan ramai pengikutnya terkejut kerana tidak menyangka.

"Macam mana boleh kenal? - "Wow! Betul-betul dia wish eh? Terbaiklah Datuk. - "Uishhhh istimewa punya ni siap ada nama, Datuk tempah," tulis sebahagian netizen di ruangan komen.

Dalam pada itu, Almy turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang berusaha mendapatkan ucapan istimewa daripada Mimi Peri: "Sayang, terima kasih tau sebab ambik video Mimi Peri kat Mama," katanya dalam satu entri di Instagram miliknya. Terdahulu, pasangan itu turut meniru karakter Mimi Peri sebagai bahan jenaka dalam beberapa posting di Instagramnya.

Klik untuk gambar besar

















www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Fizz Fairuz & Almy Nadia


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: