27 April 2020

AKHIRNYA USTAZ EBIT LEW HENTI BERSEDIH - BERI BANTUAN SEMULA MASA PKP


Jika sebelum ini Ustaz Ebit Lew amat sedih hingga menangis apabila terpaksa membuat keputusan untuk berhenti memberi bantuan kepada pihak yang memerlukan gara-gara dipanggil pihak polis selepas menerima aduan daripada individu yang dengki, terkini dia kembali meneruskan kerja amalnya.

Semuanya kembali jernih selepas diberi kebenaran oleh pihak polis untuk bergerak dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pihak polis sebenarnya hanya melakukan tugas mengikut undang-undang selepas menerima laporan terbabit.





"Menangis lagi di Baling Kedah. Dah 2 hari tak tidur bila dapat berita tentang keluarga suami isteri dan 4 orang anak masih kecil-kecil dah setahun tinggal disini. Dalam pondok atau khemah. Sedihnya. Selepas sahur terus ke sini. Jauh dari orang dan dalam kebun getah. Tak lepas kereta saya. Kena jalan kaki. Banyak nyamuk. Tandas tiada air. Air hujan jer. Setahun macam manalah yer anak baik tinggal disini. Ya Allah maafkanlah saya. Ampunkan dosa diri saya.

"Sebelum hadir mereka kata ada ketua masyarakat disini hadir semalam dan janji akan beri rumah. Tolong buat rumah tapi selepas PKP nanti. Tapi tuler mesti lambat lagikan ustaz. Syukur Alhamdulillah. Terima kaseh yb dan masyarakat setempat yang banyak membantu mereka. Semua badan ada hantar makanan dan sekolah pun beri percuma pada mereka makanan disekolah. Terima kaseh semua.

Klik untuk gambar besar


"Bagi saya sehari mereka disini adalah dosa buat saya yang tidur lena. Makan sedap. Rumah saya besar dan kenderaan macam-macam. Anak kecil ini penuh nyamuk. Mereka anak yang baik. Senyum jer bahagia. Anak-anak ini anak yang baik sangat. Comel. Cemerlang pelajaran dan sukan. Baik jer beradab sangat.

"Allahuakbar. Adik main dekat mana. Dekat sinilah ustaz. Allahuakbar. Saya nak masuk pun takut. Dia main 4 beradik. Yang besar darjah 5 perempuan. Saya kata jom pindah rumah saya akan cari rumah sewa boleh duduk sampai bila-bila saya bayar. Jika ada kerajaan buatkan rumah boleh pindah sana. Sehari adik disini buat saya tak boleh tidur. Sedih sangat rasa. Rasa bersalah.



"Doakan saya tengah cari rumah sewa sementara untuk mereka," demikian kongsi Ustaz Ebit Lew selepas aktif kembali membantu sebuah kelarga di Kedah.

Harapan kita, moga selepas ini tiada lagi pihak yang kononnya pandai agama, ahli politik atau yang merah mata membuat fitnah baru pada Ustaz Ebit yang disayangi ramai ini.

Bak kata netizen, kalau tak mampu untuk membantu orang yang susah, baik duduk diam-diam sahaja. Tak ditu?







         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: