27 April 2020

DAKWAAN INGKAR PKP, DITAHAN 'ROADBLOCK' - FIKRY IBRAHIM BUKA MULUT


Sebelum ini, nama pelakon Fikry Ibrahim hangat diperkatakan di media sosial apabila viral video seorang pemandu yang didakwa artis popular mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Malah, pemandu berkenaan memberi alasan tidak tahu mengenai arahan yang dikeluarkan berkenaan membawa dokumen sebagai bukti mendakwa duduk di tempat tersebut. Rata-rata netizen mendakwa lelaki yang memandu kereta itu adalah Fikry Ibrahim.





Selepas sekian lama mengunci mulut, akhirnya Fikry tampil mengakui dia adalah individu yang diarahkan membuat pusingan semula (U-Turn) dalam satu sekatan jalan raya, baru-baru ini. Bagaimanapun Fikry atau nama penuhnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 26, berkata, dia tidak membuat sebarang kesalahan atau melanggar peraturan ketika PKP dilaksanakan. Jelasnya, dia hanya keluar membeli barang keperluan dan masih lagi dalam kawasan radius 10 kilometer.

"Takkan saya saja-saja nak keluar dan membahayakan kesihatan mak saya yang sudah berusia 70 tahun. Saya rasa tak buat salah pun sebab saya masih dalam radius 10 kilometer. Saya seorang diri, keluar membeli barang sahaja. Kalau betul salah, kenapa masa perjalanan saya nak beli barang lalu roadblock yang sama tidak ditahan.

"Tapi masa saya nak pulang ke rumah saja ada masalah. Saya faham tugas polis dan sebagai rakyat Malaysia, saya ikut arahan dengan buat u-turn. Kalau tengok video itu, ada batu api. Orang yang rakaman etika itu dekat mana? Siap kata tak lepas kena u-turn, manipulate benda macam itu," katanya.

Klik untuk gambar besar


Fikry menjawab persoalan mengenai isu tersebut menerusi sesi IG Live bersama Astro Gempak di Instagram portal tersebut pada Ahad. Menerusi laporan terdahulu pada 3 April lalu, video memperlihatkan seorang lelaki diarahkan membuat u-turn dalam sekatan jalan raya selepas gagal menunjukkan bukti alamat kediaman menjadi tular di laman sosial.

Biarpun wajahnya tidak kelihatan kerana memakai topeng namun netizen mendakwa individu tersebut ialah pelakon Fikry Ibrahim berdasarkan suara serta maklumat yang diberikan kepada polis. Dalam pada itu, Fikry memberitahu dia tidak menyimpan perasaan marah terhadap netizen yang kecam tindakannya kerana memahami situasi ketika itu ramai orang dalam keadaan tekanan.

"Saya tak marah pun sebab faham pada ketika itu, orang tengah stress dekat rumah. Cuma saya terkejut ada budak kecil mesej di Instagram maki saya. Sebenarnya saya tak nak keluarkan kenyataan ketika itu kerana bimbang bertambah riuh. Tak ada apa-apa pun, semuanya hanya salah faham sahaja. Tapi tak semua orang yang bersangka buruk selepas betul-betul menonton video itu," ujarnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Astro Gempak & Instagram Fikry Ibrahim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: