27 April 2020

BEKAS ISTERI RADHI, AYU PUNYAI PENGGANTI, RANCANG NIKAH LEPAS PKP


Bekas isteri kepada vokalis kumpulan OAG, Radhi iaitu Nur Shahira Ayu Zahiri, 26, kini sudah bertemu pengganti, selepas hampir satu tahun bercerai. Biarpun enggan berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Ayu mengakui ada perancangan untuk berkahwin. Menurut Ayu, dia masih belum menetapkan tarikh untuk hari bahagiannya kerana mahu menunggu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.





"Ya... saya sudah mempunyai seseorang yang sangat istimewa dalam hidup saya. Bila dan bagaimanapun kami kenal itu, biarlah rahsia. Tak perlu saya nak kongsikan semuanya. Yang pasti, dia seorang yang baik, penyayang dan bertanggungjawab. Saya berharap semua orang boleh mendoakan yang baik-baik untuk saya dan dia.

"Kalau ikutkan perancangan nak kahwin itu memang dah ada. Tapi semuanya bergantung selepas tempoh PKP tamat. Sekarang ini pun kita tak tahu situasi negara macam mana. Takut nanti saya dah buat persediaan semua, tapi tak boleh nak kahwin. Jadi, apa-apa pun kena tunggu langkah seterusnya daripada kerajaan selepas ini," katanya.

Klik untuk gambar besar


Ayu dan Radhi mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Julai tahun lalu. Hakim Syarie Husaini Roslin mengesahkan lafaz cerai yang dibuat Radhi atau Muhammad Radhi Razali, 42, pada 25 Mac tahun lalu. Radhi dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan mereka dikurniakan sepasangan cahaya mata iaitu Nur Aisyah, 5, serta Muhammad yang kini berusia empat tahun.

Dalam pada itu, Ayu meluahkan rasa syukur kerana mempunyai kehidupan yang lebih bahagia bersama anak-anak dan akan memulakan perniagaan tudung pada hujung tahun ini: "Alhamdulillah, saya bahagia dengan kehidupan saya bersama anak-anak dan sekarang pun saya sudah mula berniaga.

"Saya ada buka perniagaan sendiri iaitu tudung bawal. Tudung itu juga mempunyai batu kristal Swarovski yang saya berikan nama ShafiraExclusive. Insya-Allah perancangan untuk lancarkan koleksi itu pada hujung tahun ini," ujarnya.










www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: