27 April 2020

HARRIS BABA JELAS SALAH FAHAM: "SAYA BUKAN MAHU BERHENTI TERUS"


"Sejujurnya, saya bukan mahu berhenti terus. Saya ada perancangan lain dalam dunia muzik tetapi bukan dalam masa terdekat. Sekarang saya nak fokus dengan kerja dan keluarga. Saya mengambil perkara ini untuk mengucapkan selamat tinggal untuk sebentar sahaja.





"Sebelum ini, percubaan saya kurang menjadi dengan syarikat lama dan saya juga ada kerja baru di Kota Kinabalu yang saya perlu berikan fokus," demikian kata penyanyi Harris Baba yang menjelaskan dia bukannya mahu meninggalkan dunia muzik secara keseluruhan.

Mempunyai perancangan lain buat masa ini, Harris mahu memberikan fokus terhadap bisnes dan mempunyai impian untuk terus membabitkan diri dalam bidang muzik di masa akan datang.

Mengakui berlakunya salah faham mengenai kenyataannya sebelum ini, Harris menjelaskan perkara terbabit menerusi sebuah temu bual bersama penyampai radio Anna Aljuffrey di stesen radio GEGAR menerusi segmen Carta Hits GEGAR yang di muatnaik di laman Instagram GEGAR.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram gegar.my


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: