27 April 2020

ALIF SATAR & RAIHAN BERKOLABORASI LAGI, 'DAMBA CINTAMU' - NEELOFA TURUT TERBABIT


Pada tahun lalu, penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar berkolaborasi bersama kumpulan nasyid legenda Raihan menerusi lagu 'Sesungguhnya 2019' dan ia telah mencetuskan fenomena. Namun, tahun ini mereka sekali lagi bergabung untuk sebuah lagu berjudul 'Damba CintaMu'.





Malah, video muzik lagu berkenaan telah pun dimuat naik tengah malam semalam di YouTube Alif Satar. Menerusi saluran YouTube tersebut, Alif turut menjelaskan lagu tersebut merupakan lagu yang selalu didengarnya semasa kecil.

"Saya juga selalu berharap satu hari nanti berpeluang menyanyi lagu ini dengan Raihan. Alhamdulillah Allah temukan kami selepas sedekad lebih. Lagu ini memberi makna yang cukup mendalam buat saya," katanya.

Klik untuk gambar besar


Selain itu juga, apa yang menarik tentang muzik video 'Damba CintaMu' ini adalah ia turut menampilkan pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa. Aksi Neelofa yang merintih berdoa ternyata membuatkan ramai tersentuh.

Malah, ramai warga maya memuji pemilihan Neelofa sebagai subjek utama dalam muzik video tersebut. Untuk rekod, Damba CintaMu dicipta oleh Abu Bakar (anggota Raihan) pada tahun 1997. Lagu ini menceritakan tentang pengakuan secara terus terang kita sebagai hamba kepada Tuhan yang Esa.



ATAU KLIK LINK INI TONTON VIDEO: 'Damba CintaMu' - Alif Satar & Raihan


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: