27 April 2020

RAF AKUI TAK PERNAH SURUH ATAU PAKSA MAWAR BERHIJAB


Pelakon Raf Yaakob menerusi satu muatnaik di laman Instagram miliknya mengakui yang dia tidak pernah menyuruh atau memaksa isterinya, pelakon Mawar Rashid berhijab. Namun menurut Raf, Mawar seolah-olah memahami kehendaknya yang mahu melihat isterinya berhijab dengan ikhlas.





"Cantik dan manisnya Anje (panggilan Raf kepada Mawar) berhijab. Untuk pengetahuan semua, Raf tak pernah suruh atau paksa Mawar berhijab. Tapi Mawar tahu apa yang Raf mahu kan sejak hari pertama kami diijabkabulkan. Raf hanya pesan... kalau hati dah terbukak nak berhijab, biar lah nawaitu tu datang dari hati yang ikhlas. Jangan pakai semata-mata sebab suami yang suruh," katanya.

Raf berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut, Raf memuat naik fotonya bersama Mawar yang berhijab. Tambah Raf lagi, dia mendidikan isterinya dengan kelembutan dan sopan selebihnya hanya berserah kepada Allah.

Klik untuk gambar besar


"Bentuk isteri dengan penuh kelembutan. Dalam berlembut, ada tegasnya. Lebih baik kita menegur dengan cara yang sopan di belakang tabir dan kita berdoa yang baik-baik saja untuk dia. Selebihnya kita berserah kepada Allah. Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Diri kita pun sebenarnya tak sempurna dan serba kekurangan, jadi siapalah kita nak menghukum seseorang itu, betul tak?," ujarnya lagi.

Untuk makluman, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran Rafael pada 13 Mac lepas. Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Raf Yaakob & Mawara Rashid


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: