"Saya faham kamu sudah melalui kesusahan, dua bulan sukar bagi kamu. Tidak memahami apa yang berlaku. Ia menjadi sukar untuk kamu makan dan kamu menjadi semakin lemah hari demi hari.
"Tapi kamu adalah pejuang sehingga kamu tidak mampu lagi. Berehat dengan tenang Toni… Kami sayang kamu. Terima kasih hadir dalam hidup kami. Kamu akan dirindui. Sampaikan salam sayang pada daddy di sana," tulis bunga Citra Lestari yang kehilangan kucing kesayangan arwah suaminya.

Ini kerana, selepas dua bulan pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair, BCL berkongsi duka apabila kucing yang diberi nama Toni telah pergi buat selamanya.
"So many losses.. 2020 memang berbeda.. Lets take care of each other.. Lets love each other.. Nikmati moment yang dipunya.. Mencintai.. Memberikan kasih dengan orang yg dicinta.. Karena kita tahu, waktu sangatlah berharga," kongsinya.
Untuk makluman, kucing tersebut tidak mahu makan dan menjadi lemah selepas arwah suaminya meninggal dunia pada 18 Februari lalu. Kucingnya itu dipercayai mati kerana terlalu rindukan arwah Ashraf yang menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC) di Kuningan, Jakarta pada 18 Februari lalu.
Klik untuk gambar besar


________________________

No comments:
Post a Comment