25 April 2020

HENTI HANTAR BANTUAN - USTAZ EBIT LEW DIPANGGIL PIHAK POLIS


Gara-gara kurang senang dengan pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew dan dihentam susulan ada segelintir pihak mengkritik dan memfitnah kerja kebajikan yang dilakukannya, akhirnya dia memaklumkan terpaksa berhenti menghantar bantuan buat sementara waktu selepas dipanggil oleh pihak polis.

Difahamkan, Ustaz Ebit dipanggil ke Cawangan Khas Bukit Aman dan diminta untuk memberi keterangan kepada pihak polis berhubung isu tular mengenainya selepas mendapat aduan. Menurut Ustaz Ebit ketika dihubungi, dia bagaimanapun dilayan dengan baik oleh pihak polis.





"Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat. Walau saya ada kebenaran untuk memberi bantuan. Dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman.

"Saya mengakui merasa sedih dengan apa yang terjadi. Sepanjang memberikan sumbangan, banyak wang persendirian yang dikeluarkan, namun saya tidak memaklumkan di media sosial," kongsinya.

Dakwanya, tujuannya sering memuat naik gambar membantu golongan susah adalah kerana ada banyak pihak yang menghulurkan bantuan.

Klik untuk gambar besar


Mungkin penat dengan kontroversi yang melanda, Ustaz Ebit Lew memohon maaf kepada semua pihak dan memaklumkan sepanjang bulan Ramadan ini dia hanya akan menyalurkan sumbangan melalui akaun bank sahaja atas saranan banyak pihak.

"Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. Lebih seratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal. Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media fb saya. Saya pun tak niat nak viral apa ke.Ramai anak-anak susah terbiar tahfiz saya bayarkan yuran mereka.

"Perniagaan saya sebenarnya sangat baik. Syukur pada Allah. Rezeki melimpah ruah. Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang dimana-mana. Masa pkp ini dah berjuta habis. Duit simpanan saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan. Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk frontliner.



"Saya minta maaf. Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua. Tadi menangis saya beri keterangan pada beberapa pegawai sebab penat kot. Serius penat sangat. Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma cina Islam yang sayangkan Islam dan Negara Malaysia.

"Saya minta maaf pada semua yer. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung. Saya cuma akan transfer duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu.

"Saya cuma nak peluk anak saya. Saya nak peluk bidadari saya. Selamat Ramadhan pada semua. Jika ini harga perlu dibayar setelah semua ini saya reda. Saya minta maaf pada semua ye. Saya salah. Kepada Allah saya berserah. Ya Allah aku adukan sedih aku, susah aku hanya kepada Engkau," tulisnya.



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: