10 April 2020

AKSI DATUK RIZALMAN 'WORK FROM HOME (WFH)' SAMBIL SUAP ANAK TARIK PERHATIAN


Pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim baru-baru ini memuatnaik beberapa video dimana beliau melakukan kerja daripada rumah (Work From Home - WFH) sambil menyuap anaknya makan dan ia telah menarik perhatian wargamaya.





"WFH cagha melayu (work from home) bukan WTF tauu..," tulis Rizalman menerusi ruangan kapsyen. Menerusi perkongsian tersebut, Rizalman dan dua anak angkatnya, Umar Nail, 18, dan Aali Nail, 8, sedang menikmati hidangan nasi kacang bersama rendang kelempong sambil bersila di atas lantai beralaskan tikar mengkuang.

Sambil menyuap Aali, Rizalman turut melayan panggilan persidangan bagi membincangkan perihal kerja. Melihat pada ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur dengan aksi WFH Rizalman bersama dengan anak-anaknya. Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 37,000 tanda suka daripada warga Instagram.

"Bestnya duduk atas tikar mengkuang sambil makan nasi. Teringat zaman budak-budak dulu," komen seorang wargamaya. - "Kami pun lagu ni la datuk. Makan bersila sambil bersila depan laptop buat kerja, anak kat tepi," kata seorang wargamaya. - Haha, mesti pekerja datuk rindu nak dengar suara datuk berleter," usik seorang wargamaya lagi.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Datuk Rizalman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: