26 April 2020

AL-FATIHAH - KAKAK ERRY PUTRA DIJEMPUT ILAHI PADA RAMADAN PERTAMA


Takziah kami ucapkan kepada pelakon Erry Putra atas kehilangan kakaknya iaitu Rozi Hamzah yang meninggal dunia pada Ramadan pertama sekitar pukul 1 petang Jumaat. Menyambut ramadan yang berbeza dan sedih, Erry, 42, berkata kakaknya sudah lama mengidap penyakit kecing manis dan darah tinggi namun tahun lalu arwah mengalami kerosakan di bahagian organ utama iaitu jantung, hati dan buah pinggang.





"Arwah ada kencing manis dan darah tinggi dah lama sebab keturunan. Tapi sejak tahun lalu, jantung, hati dan buah pinggang pula rosak. Selain itu dia ada masalah paru-paru berair. Sepatutnya kaki arwah pun nak kena potong tapi tak sempat.

"Jadi, banyak organ utama rosak sebab dia sakit. Baru-baru ini arwah diserang angin ahmar sehingga menyebabkan badannya separuh strok dan dia tidak boleh berjalan," kata Erry.

Klik untuk gambar besar


Pemilik nama Mohd Razlan Hamzah ini berkongsi berita sedih itu menerusi laman Instagram miliknya. Jenazah sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Sg Sekamat Batu 12, Cheras, Kajang pada petang, Jumaat.

Dalam pada itu, Erry ada berkongsi video dia tidak dapat menahan air mata daripada mengalir ketika arwah kakaknya masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) zon merah.

"Kakak aku tiba-tiba kembali jatuh sakit dari tadi tunggu kat hospital sampai sekarang seorang masih belum dapat apa-apa perkembangannya Adik-adik nak datang pun tak boleh. Pertama kali lalui seorang diri. Jangan aku gila dah la selepas ini. Gurau saja," katanya.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Erry Putra


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: