26 April 2020

"COVID-19 TERIMA KASIH BAGI KAMI KUARANTIN..." - ISTERI FARHAN KINI HAMIL


"Dah 5 tahun tak pernah fikir nak cari benda ni.. Tut tup semalam loya-loya muntah ingat sebab angin berpuasa. Tapi bila adik petrol pump tegur 'akak ok ke nampk macam tak ok je tah tah berisi kot, maklumla memang musim dia ni' terus gabra. Pagi ni p cari juga benda ni," tulisnya.





"Rasa macam dapat anak pertama je dia punya teruja bila dia bagi 2 calit kat situ.. Alhamdullilah rezeki Ramadan, Covid-19 terima kasih sebab bagi semua kena kuarantin ada kebaikan juga ye. Mungkin terlalu awal untuk menunjuk tetapi perasaan teruja dia lain macam sikit sebab dah lama sangat tak dapat berita ni.. Maaf tau," demikian tulis Erin, isteri kepada pendakwah bebas, Farhan.

Isteri Farhan atau nama penuhnya Nik Ahmad Farhan, yang berkongsi berita bahawa dirinya kini berbadan dua menerusi laman Instagram miliknya itu memberithu pada mulanya dia menyangka rasa mual yang dialami berikutan sedang berpuasa.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40, membuat ujian kehamilan selepas ditegur oleh seorang pekerja stesen minyak. Pemilik nama Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40, itu turut memuat naik foto ujian kehamilan yang menunjukan dua tanda bermaksud hamil. Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan agar urusan wanita itu dipermudahkan.

Terdahulu, nama pasangan ini kontroversi di kalangan media dan umum apabila Farhan mengumumkan telah mengahwini seorang janda anak lapan di Makkah. Perkahwinan itu didakwa tidak mendapat restu isteri pertamanya namun kenyataan telah disangkal oleh Fatin.

Pendedahan pernah didampingi oleh 18 wanita yang menawarkan diri untuk menjadi isteri Farhan kembali mencetuskan ketegangan di media sosial. Dan terbaharu, seorang peguam wanita mendedahkan Farhan telah menceraikan Fatin menerusi aplikasi WhatsApp dan terbang ke China bersama isteri keduanya. Fatin turut mengaku telah diceraikan Farhan menerusi WhatsApp pada 3 Disember tahun lalu.


www.myartis.com / Sumber: mStar & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: