26 April 2020

TIADA SEBARANG KERTAS SIASATAN AKAN DIBUKA - USTAZ EBIT LEW DIBENAR BERI SUMBANGAN


Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sebelum ini memaklumkan yang beliau terpaksa berhenti menghantar bantuan buat sementara waktu setelah dipanggil oleh pihak polis di Cawangan Khas Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung isu tular mengenainya selepas mendapat aduan.





Ini susulan ada segelintir pihak kurang senang dengan Ustaz Ebit Lew dengan mengkritik dan memfitnah kerja kebajikan yang dilakukannya. Sehubungan itu, Ustaz Ebit Lew memaklumkan sepanjang bulan Ramadan ini dia hanya akan menyalurkan sumbangan melalui akaun bank sahaja atas saranan banyak pihak.

Terkini, polis mengesahkan pendakwah tersebut mendapat kebenaran untuk memberi sumbangan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Memetik laporan Astro Awani, pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, dalam satu kenyataan berkata pihaknya tidak pernah menghalang pendakwah itu untuk berbuat demikian selagi beliau mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dalam pada itu, tiada sebarang kertas siasatan akan dibuka terhadap pendakwah itu. Polis juga menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh dikecualikan daripada tindakan undang-undang ke atas sebarang pelanggaran berkaitan pelaksanaan PKP.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Astro Awani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: