22 April 2020

Al-FATIHAH - PEMINAT CILIK DATUK RIZALMAN, AIREN NURAIN DIJEMPUT ILAHI


Pereka fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim hari ini memuatnaik foto perbualan di Whatsapp dan memaklumkan berita sedih dimana peminat ciliknya iaitu Airen Nurain, 12, telah meninggal dunia pagi tadi.





"Saya amat bersedih kerana saya tahu hari seperti ini akan tiba juga akhirnya. Semoga Allah menempatkan adik Airen di tingkatan termulia bersama ibu bapa serta keluarganya, saya amat terkesan," tulis Rizalman di ruangan kapsyen yang mendapat perhatian dari para pengikutnya dimana rata-rata mereka mengucapkan takziah dan menyedekahkan Al-Fatihah kepada Airen di ruangan komen.

Terdahulu, Rizalman telah merealisasikan impian Airen untuk bertemu dengannya dan mengundang kanak-kanak itu sebagai tetamu istimewa di konsert Kesuma Jiwa yang berlangsung di Istana Budaya Februari lalu. Difahamkan, Airen telah menghembuskan nafas terakhir ketika sedang tidur.

Airen telah menghidap penyakit buah pinggang kronik dan ketumbuhan dalam otak. Salam takziah diucapkan kepada keluarga Airen, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Datuk Rizalman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: