Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada bekas pelajar Akademi Fantasia 2014 (AF2014), Ziha Salleh yang telah selamat melahirkan anak keduanya, bayi lelaki pada jam 3.42, khamis lalu (9 April 2020). Ziha atau nama sebenarnya, Nor Aziha Md Salleh menerusi laman Instagram telah menzahirkan rasa syukur kerana semuanya berjalan lancar.

"Alhamdulillah, everything went well. My Baby was safely delivered pukul 3.42pm semalam (9/4/20) Thank you everyone for all the kind wishes dan semua yang mendoakan. You know who you are ❤️ xoxo #itsaboy," tulisnya di ruangan kapsyen Instagram.
Rakan artis dan peminat turut mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan ibu dan bayi yang baru lahir. Untuk makluman, Ziha mendirikan rumah tangga dengan Zarul Hafis Zarak Kamal pada 8 Oktober 2016 dan turut mempunyai seorang lagi anak, Hizqeel yang kini mencecah usia tiga tahun.
Klik untuk gambar besar






www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Ziha Salleh
________________________

No comments:
Post a Comment