12 April 2020
ZARINA DAKWA DIFITNAH, KUMPUL SEMUA BUKTI: "KAU SIS BERTUDUNG MULUT AMBOI"
Pelakon Zarina Anjoulie Lavocah telah memuatnaik beberapa posting terbaru di akaun Instagramnya dimana dia mendedahkan sedang mengumpul bukti terhadap individu yang memfitnah dirinya. Namun, entri terbabit telah dipadamkan oleh Zarina atau lebih mesra disapa Anju selepas beberapa jam dimuatnaik.
Malah posting tersebut juga turut disertakan dengan paparan 'screenshot' komen individu tersebut: "Thank you! Tengah kumpul semua satu persatu boleh tahan kau sis bertudung mulut amboi tak apa aku maafkan kau walaupun niat kau nak malukan aku. Kau tengok la bila kau kena tak akan ada seorang dari puak kau tolong kau," tulisnya.
Menerus posting lain, Anju memberitahu tujuan dia memberikan bantuan adalah ikhlas dan tidak mengharapkan balasan: "Aku ada screenshot ada screen record semua bukti esok. Jangan pula putar cerita cakap aku dan netizen edit semua chat tu dan fitnah kau ya. Membantu orang susah tu bukan acah angel sister, itu tanggungjawab kita sebagai orang Islam dan sebagai manusia untuk menjaga orang sekeliling," tulisnya.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya menyokong tindakan Anju untuk mendedahkan bukti tersebut: "Bagikan je dorang ni Anju... Melampau betul," komen @jannah_ideris - "Macam tak ada kerja lain dah dorang ni. Duk cari isu nak carut orang lain, ntah apa-apa," tulis @ariana_naira
Terdahulu, kemelut beberapa selebriti bersama Anju bermula apabila pelakon ini didakwa mengambil kesempatan dengan meraih perhatian berkenaan isu artis menyuarakan pendapat untuk memohon bantuan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi melariskan perniagaannya di Instagram.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Zarina Anjoulie
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment