17 April 2020
ALIFF SYUKRI PEGANG TOPENG MUKA TANPA PERLINDUNGAN TERIMA KRITIKAN
Umum mengetahui wabak COVID-19 telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan rakyat Malaysia sehinggakan barang perlindungan habis licin disapu. Antara barangan tersebut yang kini menjadi rebutan ramai ialah cecair pembasmi kuman (sanitizer) dan juga topeng muka.
Disebabkan itu, ramai artis tanah air yang mengambil kesempatan ini untuk memasarkan produk mereka berdasarkan kepada keperluan itu. Hal ini untuk membantu rakyat Malaysia yang sukar untuk mendapatkannya kerana stok yang sentiasa terhad.
Tidak ketinggalan, Datuk Aliff Syukri juga turut ikut serta dengan 'trend' bisnes ini dan mula menjual topeng muka buat yang memerlukannya. Pun begitu, niat baik usahawan kosmetik ini menerima kecaman ramai kerana kejahilannya dalam menguruskan barangan penting tersebut.
Klik untuk gambar besar
Netizen tanpa lengah terus menyerbu lelaki itu dan mengkritiknya kerana tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk menguruskan perniagaan berkaitan dengan barangan sensitif itu dan hanya memikirkan keuntungan sahaja.
"Bayangkan Aliff memegang topeng muka itu secara terus menggunakan tangannya tanpa sebarang pelindungan, lantas secara tidak langsung memindahkan kuman daripada kulitnya kepada topeng muka yang baru itu tanpa disedari," kata salah seorang netizen.
Bahkan mereka juga menegur Aliff yang sewenangnya menempatkan lambakan topeng muka itu di sekitar kakinya selain tidak menunjukkan etika yang betul dalam pemakaian item perlindungan itu. Nampaknya, bertimpa-timpa kontroversi yang terpaksa dihadapi oleh Aliff sepanjang minggu ini.
www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Aliff Syukri
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment