17 April 2020

TAYANG DUIT BELANJA DARI ANAK - IBU HANIS ZALIKHA DITUDUH SENGAJA MENUNJUK


Ibu kepada pelakon Hanis Zalikha, Nani Rostam baru-baru ini telah berkongsi duit belanja yang diberikan oleh anaknya itu di laman Instagram. Tulis Nani: "Rezeki dari Allah melalui anak-anak yang soleh dan solehah. JazakAllah khairan kathiran Hanis Zalikha setiap bulan bagi belanja buat mama. Semoga luas rezeki serta mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat".





Bagaimanapun, niatnya itu telah disalah ertikan oleh netizen yang menganggap tindakan ibu Hanis itu bertujuan untuk menunjuk-nunjuk dan riyak, ada yang menyindir perkongsian itu dengan pelbagai cara. Dek kerana itu, entri yang dimuatnaik itu telah dipadamkan oleh ibu Hanis.

"Allahu. Kena tunjuk post duit, al-Quran dan tasbih ke? Complete dah kuota ni," tulis @kiddepax. - "Mak dia tak ada online banking ke? Anak kemain kaya, tapi mak dia masih simpan duit bawah bantal," sahut @FarrellFaiz.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, ada yang menyifatkan tindakan menularkan posting terbabit kerana perasaan dengki dan iri hati: "Berdasarkan gambar di atas, terdapat seikat fulus yang agak banyak dan bernilai yang dipegang oleh tangan manusia, yang ternyata membuat rata-rata Twitterians menjadi tak senang duduk dan sakit hati melihatnya dek kerana cemburu disebabkan oleh nilai jumlah wang itu," tulis QoLire.

Malah, ada yang menganggap posting itu sebahagian daripada apresiasi Nani buat anaknya: "Macam mana kalau mak dia tengah di fasa terharu seronok (atas sejadah) buat dia rasa nak share seperkara pasal Hanis. - "Kenapa kena ambil sudut negatif sebab kalau aku pandang dah baca un aku tak terfikir apa pun," tulis @caaawana.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: