05 April 2020

AMAR BAHARIN: "TAK LULUS (BPN)... JADI YANG LEBIH KAMI SUMBANGKAN UNTUK FRONTLINERS"


Pelakon Amar Baharin menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi keputusan semakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang dimohonnya tidak berjaya berikutan pendapatan isi dalam rumah melebihi kelayakan. Menyedari dirinya berkemampuan, Amar, 35, memilih untuk berkongsi rezekinya dengan menyalurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan (frontliners).





Menurut suami kepada pelakon Amyra Rosli ini, dia berharap sumbangannya itu dapat meringankan beban fronliners yang sanggup berkorban dan berjuang demi memerangi wabak Covid-19: "Dah check dah. Tak lulus pon. Sebab pendapatan pemohon / pasangan melebihi kelayakan. Jadi yang lebih tu la kami sumbangkan sedikit untuk #frontliners Malaysia.

"Dengan harapan sedikit buah tangan kami ni dpt meringankan beban hero2 Malaysia yg berjuang 24/7. Thank you to our frontliners for your sacrifices in the battle. #StaySafe #StayPositive #DudukRumah #Insyaallah.

"Cepat kita putuskan rantaian ni, cepat kita dapat keluar mencari rezeki. Itu doa kami utk semua," tulis pelakon drama 'Cemburu Seorang Perempuan' itu yang mendedahkan keputusan semakan tersebut di laman Instagramnya dan ia mendapat perhatian netizen.

Klik untuk gambar besar


Rata-rata netizen memuji sikap Amar dan Amyra yang sentiasa merendah diri dan mereka turut mendoakan agar pasangan itu dimurahkan rezeki: "Sentiasa merendah diri. Korang saja artis yang paling sempoi... Kontroversi pun tak ada, tak ada buat hal. Salah satu sifat yang patut dicontohi.

"Terima kasih. Memberi semula pada masyarakat yang perlu. Semoga rezeki kalian sekeluarga terus terbuka seluasnya dan sentiasa dipermudahkan urusan. - "@aamyrarosli @amarbaharin sama la kita bagi pada yang lebih memerlukan dan lebih susah daripada kita. Bersyukur dengan nikmat dan rezeki Allah pada kita," komen beberapa netizen.

Seluruh rakyat Malaysia termasuklah golongan selebriti atau anak seni layak untuk memohon inisiatif yang diumumkan kerajaan iaitu Bantuan Prihatin Nasional bermula Rabu. Pembayaran fasa pertama BPN akan tertumpu kepada golongan B40 berikutan kesusahan yang dialami khususnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa sejak 18 Mac lalu akibat penularan Covid-19.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Amar Baharin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: