02 April 2020

AMYZA KESAL GERAKAN 'BOIKOT ARTIS SAMPAH': "FITNAH ANDA RANCANG TELAH BERJAYA..."


"Hebat admin dan troopers. Fitnah yang anda rancang telah berjaya, anda berjaya buat orang percaya dengan rancangan jahat anda. Tak apa, kalau rasa dengan fitnah yang jahat ini boleh buat anda seronok, bangga... teruskan!," demikian kata pelakon Amyza Aznan menerusi laman Instagram.





Amyza akhirnya membuka mulut selepas isu paparan skrin dia bersama beberapa artis tersebar di media sosial sehingga menimbulkan kemarahan netizen. Menurut Amyza, dia bersama beberapa orang rakan artis difitnah oleh pihak tertentu yang mempunyai niat jahat.

Bersama kapsyen tersebut, Amyza turut memuatnaik paparan skrin mempamerkan wajah dan nama beberapa selebriti yang menjadi mangsa kecaman netizen. Dalam foto tersebut turut dinyatakan tanda pagar 'Boikot Artis Sampah' kerana meminta bantuan khas artis, hina netizen IQ rendah, tak hairan bawang netizen dan tak hirau sokongan netizen.

Sementara itu, Amyza berkata dia mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen di Instagram miliknya kerana enggan melayan komen negatif netizen: "Oh yang kata takut... off comment, malas nak layan! Saya banyak kerja berfaedah lain dari mengadap benda-benda negatif ini. Nak takut dengan kecaman? Saya lagi takut kut-kut tengah ni tersebar, manusia tengah ralit, tiba-tiba dunia kiamat," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Isu perang artis dan netizen ini bermula apabila penyanyi Black mencadangkan bantuan khusus daripada kerajaan untuk penggiat seni. Kemuncaknya apabila tersebar beberapa keping foto rakaman perbualan beberapa orang selebriti dalam satu akaun Telegram milik Persatuan Seniman Malaysia yang didakwa menghina netizen dan pelakon Zarina Anjoulie.

Mesej perbualan itu tular di media sosial hingga membangkitkan kemarahan netizen. Turut terkena tempias Amyza yang kini sedang berdepan dengan kecaman dan cacian netizen sehingga ada netizen melancarkan boikot terhadap beberapa artis termasuk dirinya.

Bagaimanapun, Amyza menyifatkan tindakan pihak memuatnaik gambarnya bersama beberapa selebriti berserta empat perkara itu adalah fitnah. Malah Amyza berkata pihak itu berjaya membuat orang percaya dengan rancangan jahat yang diwujudkan.




www.myartis.com / Sumber: mStar & Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: