02 April 2020

IZREEN AZMINDA AKHIRNYA BUKA KOMEN: "SEMOGA MURAH REZEKI AMPA SEMUA"


Pelakon Izreen Azminda akhirnya kini kembali berkomunikasi bersama peminatnya setelah sekian lama menutup ruangan komen di laman media sosial Instagram miliknya. Izreen atau nama penuhnya Izreen Azminda Aznam turut memaklumkan tindakan dibuat bagi memberi ruang buat peniaga dalam talian melakukan promosi di akaun media sosial miliknya.





"Bersempena kami dah bukak komen ni. Esk kami nk bg peluang kepada peniaga online. Hampa promote la barang2 ampa semua kat ruangan komen esk okay. Semoga murah rezeki ampa semua," tulis pelakon drama 'Ahli Mesyuarat Tingkap' itu.

Sekadar informasi, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2018 di Damansara, Petaling Jaya. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aaron Ibrahim, 9 bulan.

Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014. Keduanya dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar. Terdahulu, Izreen menutup ruangan komen di akaun Instagram miliknya selepas terpalit beberapa isu terhadap dirinya.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Izreen Azminda


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: