01 April 2020

BALU ABAM BERI BANTAUN MAKANAN KEPADA 'FRONTLINERS': "SYUKUR ALHAMDULILLAH..."


Balu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali, 28, telah memuatnaik satu entri menerusi laman Instagram dimana dia berkongsi rezeki menghulurkan bantuan makanan kepada 'frontliners' yang bekerja di sekitar Sabak Bernam bagi menangani wabak Covid-19.





Dalam status tersebut, Hidayah mewakilkan ahli keluarganya untuk keluar menghantar bungkusan tersebut di beberapa buah tempat: "Syukur Alhamdulillah dapat kongsi rezeki bersama, terima kasih keluarga ku tersayang. Terima kasih @farhana_2709 @zainuddin_94 @sirazmier @sitiaishah577 hantarkan," tulisnya.

Dalam pada itu, Hidayah tidak lupa untuk sedekahkan al-fatihah kepada arwah Abam yang meninggal dunia pada 10 Februari lalu akibat demam panas: "Al-fatihah (dibaca) buat arwah suami Syed Umar Mokhtar," tulisnya lagi.

Untuk makluman, Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32 itu meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki yang berusia 10 bulan, Syed Uthman Hamzah Al-Juffery.

Klik untuk gambar besar





















www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Siti Nurhidayah Mohd Ali & Abam Bocey


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: