22 April 2020

BATAL JUAL MASK BOCOR, "SAYA INSAN BIASA" - ALIFF SYUKRI


"Jawapan kes mask bocor..

"Assalamualaikum wbt, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca curahan hari saya. Saya amat sedih ketika ini kerana saya dihina oleh pelbagai pihak sedangkan 1 mask pun x terjual," kongsi Aliff Syukri mengenai isu mask bocor berharga RM25 yang menjadi isu ketawa ramai pihak.





"Sebenarnya isu video live mask yang bocor itu tidak disangka oleh saya dan saya hanya membuat pre-order sahaja sedangkan benda ini tidak dijual sama sekali . Semoga perkongsian yang saya sharekan pada video ini dapat menjelaskan pada situasi yang sebenar.

"Saya memohon kepada masyarakat semua untuk menghentikan mencari kesalahan saya. Saya juga hanya insan biasa dan lemah serta saya ingin memohon beribu kemaafan dari hujung rambut sehingga hujung kaki.

Klik untuk gambar besar


"Di sini, saya ingin tekankan kepada anda semua bahawa mask tersebut saya tidak jual langsung kepada orang sama sekali," tambahnya yang bakal menjelaskan hal sebenar malam ini melalui Youtube.

Youtube lagi Datuk? Heh.



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: