08 April 2020
"BEBAS COVID-19... SAYA, ISTERI & ANAK-ANAK BERPELUKAN & LEGA" - NIZAM LAKSAMANA
"Keresahan hati hilang serta merta apabila menerima mesej daripada pejabat kesihatan memaklumkan saya, isteri dan dua anak bebas jangkitan COVID-19. Saya menjerit sambil memanggil isteri dan anak-anak ketika memberitahu mereka berita baik ini. Air mata gugur juga kerana terlalu gembira. Pastinya, saya mahu dijauhi jangkitan virus berbahaya ini pada saat negara diuji dengan penularan COVID-19.
"Saya, isteri dan anak-anak berpelukan dan lega. Ini kerana kami satu keluarga tidak keruan dan risau sejak menjalani ujian saringan COVID-19," kata penyanyi Nizam Laksamana yang berkata hanya Allah sahaja mengetahui perasaan gundah gulana ketika menantikan keputusan ujian COVID-19 dan air matanya gugur apabila mengetahui keputusannya negatif.
Pengalun lagu 'Gugurnya Bunga Cinta' itu bersama isteri dan dua anak perempuannya menjalani ujian saringan COVID-19 pada 31 Mac lalu berikutan bapa mentuanya disahkan positif virus berbahaya berkenaan.
Namun, Nizam menerima keputusan baik apabila dia dan keluarganya negatif COVID-19, pagi semalam. Kata Nizam, isterinya paling risau selama menunggu keputusan ujian: "Kami sekeluarga buat sujud syukur. Isteri tak selera makan sebelum menerima keputusan ujian," katanya.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber: Berita Harian
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment