07 April 2020
BEEGO KATA PEMINAT TAK BAGINYA DUIT, SURVIVE BUKAN SEBAB MEREKA
"Kamu silap. Selama ini kami survived bukan kerana peminat. Peminat tak bagi kami duit," ujar pelakon Beego yang menyifatkan kelangsungan hidupnya selama bergelar artis bukan semata-mata kerana peminatnya, malah katanya, peminat tidak membantu memberinya wang sebaliknya individu yang sentiasa bersamanya ialah keluarga dan sahabat.
"Pengikut Instagram saya tak ramai. Siapa selama ini ada bersama saya? Kawan-kawan dan keluarga," jelas Beego yang memuatnaik kenyataan itu bagi menjawab tulisan salah seorang pengikutnya di Facebook yang menyatakan 'artis perlukan peminat untuk popular'.
Dalam pada itu, Beego turut meluahkan rasa kesal apabila ada dalam kalangan ahli keluarganya kurang sensitif mengulas tentang isu perang artis dan netizen: "Tiga empat hari ni penuh orang komen pasal Persatuan Seniman Malaysia dan artis Malaysia.
"Aku tahu bukan semua yang netizen maksudkan, aku faham... yang aku tak fahamnya ada saudara mara yang nak juga jadi netizen tanpa ada sensitiviti yang mungkin aku ni boleh terasa jug sedikit sebanyak.
Klik untuk gambar besar
"Sebab gelaran artis tu terpalit pada aku yang dah suam-suam kuku ni. Jangan tanya kenapa aku unfriend pastu jumpa tengok muk korang pun aku tak nak. Aku hanya manusia lemah... ingat, cubit peha kanan, kiri terasa," pesan Beego.
Sebelum ini kecoh apabila ada selebriti tempatan yang menyelar tindakan segelintir artis membabitkan isu permohonan bantuan khas kerajaan buat penggiat seni terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan.
Ramai selebriti terguris dan memuat naik sindiran serta pandangan terhadap artis kontroversi itu. Lebih memburukkan keadaan apabila perbualan sesama selebriti dalam grup Telegram Persatuan Seniman Malaysia tersebar di Internet yang menjurus kepada luahan kesal artis terhadap netizen.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment