07 April 2020

"JANGAN DOK MEREPEK, CAKAP BUKAN-BUKAN... KAMI TERUIH DELETE" - IZREEN


Menerusi satu entri yang dimuatnaik, pelakon Izreen Azminda telah mengingatkan pengguna laman sosial agar tidak meninggalkan sebarang komen berunsur negatif di akaun Instagram miliknya. Menurut Izreen, 35, dia tidak teragak-agak untuk memadam segala komen netizen yang boleh menimbulkan rasa kurang senang terhadap dirinya dan pengguna lain.





Katanya lagi, dia tidak mahu akaun media sosialnya itu menjadi medan untuk netizen untuk berkongsi perkara-perkara berunsur negatif: "🥰🥰🥰 (nk pesan Awai2.. Jgn ada yg dok merepek tau.. Jgn Cakap Benda yg bukan2.. benda2 negatif..

"Kata org tu kata org ni.. petik org tu petik org ni.. Perli org tu perli org ni.. Kalau rasa nk negatif p kat IG org yg mmg suka baca Benda2 yg berunsur negatif ni.. Kat IG kami.. Kami teruih delete na.. Tak syok dok tgk bertelagah sesama sendiri..

Klik unntuk gambar besar


"Kami tak mau Benda2 tak elok tu semua.. Beria Sgt pun bukannya duit bergolek golek mai kat ampa pun.. Kalau buleh duit kami pun nk mengata org kat IG 🤭🤭🤭 Bila kita cakap hok Baik2.. Yg Baik2 jugak mai kat kita 😊😘) #TAHUN2020 #STAYPOSITIVE #STAYHOME #MENUJUKEHADAPAN," demikian kata Izreen.

Terdahulu, Izreen bertindak membuka ruangan komen di Instagram selepas bertahun menutup fungsi tersebut kepada umum. Izreen bertindak menutup ruangan komen selepas perkahwinannya bersama pemuzik, Ude Wahid atau nama sebenarnya, Muhamad Radzi Abdul Wahid, 31, pada 2017 mencetuskan kontroversi.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Izreen Azminda


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: