26 April 2020

BELLA ASTILLAH AKUI DAH RUJUK, HAMIL ANAK KEDUA


Setelah sekian lama menjadi tanda tanya, akhirnya penyanyi dan pelakon Bella Astillah, 26, tampil mengakui yang dia sudah rujuk semula dengan suaminya, Aliff Aziz dan kini sedang berbadan dua. Perkara itu dikongsikan Bella menerusi balasan komen kepada pengikutnya di Instagram berhubung hal itu.





"Alhamdullilah, dalam masa edah lagi, jadi tidak perlu kahwin semula," katanya menjawab soalan sama ada dia dan Aliff sudah bernikah semula. Sewaktu diaju soalan berbadan dua, Bella sekadar menjawab ringkas dan mengiyakannya: "Ya saya," jawabnya.

Apapun, Bella meminta semua pengikutnya terus mendoakan supaya keputusan diambil itu adalah yang terbaik. Dia akui banyak belajar daripada pengalaman lalu: "Kenangan pahit tapi menjadi pengajaran hebat buat semua. Terima kasih atas doa kamu," katanya.

Klik untuk gambar besar


Pada Februari lalu, Bella mendedahkan dia sedia berkongsi mengenai hubungannya dengan Aliff secara terbuka apabila tiba masanya nanti. Pada Mei tahun lalu, pasangan terbabit bercerai selepas penyanyi lagu 'Sayang Sayang' itu curang dengan beberapa wanita berbeza.

Untuk makluman, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.








www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Bella Astillah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: