26 April 2020
JSUONO LANCAR SINGLE PERTAMA 'PERJALANAN' SEMPENA RAMADAN
Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac lalu, bulan Ramadhan bagi tahun ini telah disambut secara unik buat pertama kalinya di Malaysia. Dikesempatan ini, sebuah kumpulan muzik baru berasal dari Kuala Lumpur iaitu Jsuono telah melancarkan single pertama mereka bertajuk 'Perjalanan'.
Lagu 'Perjalanan' secara lirikalnya menyentuh tentang perjalanan kehidupan antara manusia dan penciptanya. Bersesuaian dengan lirik ini, lirik video bagi lagu ini telah disunting dengan menyelitkan visual 'kekosongan' di sekitar Kuala Lumpur berikutan pelaksanaan PKP yang mana ianya mungkin merupakan satu tanda peringatan daripada Tuhan yang Maha Esa kepada hambaNya.
Lirik lagu ini secara tidak langsung mengingatkan pendengar supaya menggunakan kesempatan yang ada untuk kembali tunduk kepada penciptanya, terutamanya di kesempatan yang diberikan semasa bulan Ramadhan yang cukup istimewa pada tahun ini.
Klik untuk gambar besar
Lirik video 'Perjalanan' boleh ditonton melalui laman Youtube. Selain itu, lagu ini juga boleh didengari melalui platform muzik digital seperti Spotify, iTunes & Apple Music.
Jsuono mengetengahkan genre muzik Pop Fusion dan dianggotai oleh lulusan dan pelajar dari ASWARA iaitu Jannah Firdaus Williams (vokal), Haziq KA (gitar), Nabil Asyraf (gitar), Faridz Zainal (bass) dan Jerome F Majaham (drum).
Lagu 'Perjalanan' telah ditulis oleh Haziq KA, Nabil Asyraf & Wan Putra Adib. Liriknya pula ditulis oleh Aizat Amir. Diterbitkan oleh syarikat Stereo Pixels Sdn Bhd, Haziq KA telah bertindak sebagai Penerbit Muzik bagi lagu ini. Adunan akhir muzik telah dihasilkan oleh JD Wong yang pernah memenangi Anugerah Industri Muzik Malaysia 2008 bagi kategori Best Engineered Album.
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment