26 April 2020

INFO SANA-SINI - SYOK RAMADAN TAMPILKAN 'HIKMAH' BAGI MENEMANI ANDA


Sepanjang bulan Ramadan tahun ini, muslimin dan muslimah boleh menghayati kisah-kisah Nabi dan Rasul dengan siri 'Hikmah', SYOKcast (podcast) terbaharu yang disediakan dalam 10 episod, bermula 24 April lalu, eksklusif di aplikasi dan laman web SYOK.

Selain itu, peminat-peminat boleh ikuti perjalanan masyarakat Muslim yang berpuasa dalam situasi mencabar seperti COVID-19 melalui 'Puasa Sana Sini' dan menggunakan kemudahan 'Zon Solat' di aplikasi SYOK untuk penunjuk waktu solat dan arah kiblat.





Mengenai 'Hikmah':

•Sepanjang bulan Ramadan, muslimin dan muslimah boleh menghayati kisah-kisah Nabi dan Rasul dengan siri Hikmah, SYOKcast (podcast) terbaharu sepanjang Ramadan, eksklusif di aplikasi dan laman web SYOK.
•Hikmah menampilkan keindahan kisah-kisah Nabi dan para sahabatnya dalam menyusuri ranjau dan duri memperjuangkan dakwah Islam menerusi pengalaman audio.
•Siri SYOKcast santai ini bertujuan menjadi 'teman Ramadan' kepada masyarakat Muslim dengan kisah-kisah teladan yang pastinya memberi pengajaran dan menggamit hati. Selain itu, siri bermanfaat ini dapat menanamkan keazaman untuk sentiasa memperbaiki diri, meluruskan niat serta menguatkan tekad agar menjadi Muslim yang diberkati di dunia dan di akhirat.
•Hikmah terdiri daripada sepuluh episod yang disediakan 24 April lalu.
•Ditulis oleh Rosie Haslinda Nasir, penulis buku dan Hakimi As'ari, pakar industri komunikasi dan video, Hikmah juga akan disuarakan oleh personaliti-personaliti AWANI dan Astro Radio.

Klik untuk gambar besar


Sebagai tambahan pada bulan Ramadan, masyarakat Muslim boleh juga menikmati 'Puasa Sana Sini' dan 'Zon Solat' di SYOK:

Video 'Puasa Sana Sini'

•Ikuti perjalanan sahabat-sahabat Muslim di Malaysia dan luar negara dalam menjalani keindahan ibadah berpuasa dalam situasi mencabar seperti wabak COVID-19.
•Siri 'Puasa Sana Sini' terdiri daripada tiga episod yang menceritakan perjalanan berpuasa daripada pelajar-pelajar di Malaysia dan rakyat Malaysia yang berada di luar negara ketika seluruh negara sedang dilanda ujian.
•Episod-episod ‘Puasa Sana Sini’ boleh ditonton setiap Jumaat bermula 1 Mei di aplikasi dan laman web SYOK.

Zon Solat

•Untuk panduan waktu solat dan membantu pengguna mencari arah kiblat, peminat-peminat SYOK boleh menerokai fungsi ‘Zon Solat’. Fungsi ini dapat diaktifkan dan dinyahaktifkan dengan mudah di aplikasi SYOK.



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: