16 April 2020

"BERDOA SELALU UNTUK KAU OK... AKU TAU KAU KUAT" - FIZZ SAYU ASHRAF POSITIF COVID-19


Semua sedia maklum mengenai keadaan pelakon Ashraf Muslim yang positif Covid-19 apabila dia mengesahkan perkara tersebut menerusi satu muatnaik di Instagram. Ramai yang mendoakan agar bapa kepada empat cahaya mata itu pulih dari wabak tersebut.





Dalam pada itu, Datuk Fizz Fairuz telah meluahkan rasa sayu apabila mengetahui berita kawan rapatnya. Luahan perasaan itu dibuat menerusi sebuah video yang dimuatnaik di Instagram (IG) semalam. Menurut Fizz, dia dapat merasai perasaan yang dirasai Ashraf pada masa sekarang.

"Kita kawan dah lama @ashrafmuslim, aku paham perasaan kau.. Insya-Allah acap,aku akan berdoa selalu untuk kau ok.. Kau jaga diri tau.. Sayu hati aku, tapi aku tau kau kuat.. Insya-Allah takde apa-apa ok.. Ingat tau kau kena kuat tau," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, pelakon drama 'Tolong Sempurnakan Cerita Mami' ini turut mendoakan agar Ashraf diberi kesembuhan daripada penyakit tersebut: "Aku doakan kau cepat sembuh. Nanti kita jumpa insya-Allah. Jaga diri baik-baik Kau sahabat aku. Call aku kalau kau perlukan apa-apa," katanya di penghujung video.

Terdahulu, Ashraf merupakan selebriti ketiga disahan positif Covid-19 selepas Puetri Aishah dan PU Riz. Difahamkan Ashraf baru pulang daripada menjalani penggambaran drama 'Demi' di Scotland bersama Ben Amir, Puteri Aishah dan Hasnul Rahmat hujung bulan lalu.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fizz Fairuz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: