16 April 2020

NAJWA NAFI CIPTA LAGU 'KE SANA KE SINI': "BUKAN SAYA... I THINK IT'S COOL"


Ayat 'Ke Sana Ke Sini' yang digunakan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika di salah satu sidang medianya telah dijadikan lagu remix yang kini menjadi tular di laman sosial sehingga turut mendapat perhatian beliau.





Pada mulanya netizen membuat andaian mengatakan lagu remix tersebut merupakan ciptaan anak perdana menteri iaitu Najwa Mahiaddin atau NJWA, bagaimanapun penyanyi itu tampil menafikan khabar angin tersebut.

Menerusi laman Instastory Najwa, 34, memperkenalkan akaun Instagram pencipta sebenar lagu tersebut iaitu Bassagents_my: "Shout out to these guy who did the remix @bassagents_my. Bukan saya," tulisnya ringkas bagi menjelaskan salah faham yang berlaku dalam kalangan netizen.

Klik untuk gambar besar


Ayat 'Ke Sana Ke Sini' itu diambil dari salah satu perutusan dari Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika di salah satu sidang media mengenai tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekitar Mac lalu.

Remix tersebut berjaya mencuri perhatian ramai sehinggakan ada yang menggunakannya dengan memuat naik video sedang menari shuffle. Dalam pada itu, Najwa menerusi video temu bual bersama penyampai radio Era iaitu Haniff Hamzah, Ray dan Johan dalam segmen JoHaRa Pagi Era mengakui lagu tersebut dicipta dengan kreatif.

"I think it's cool. Sebelum itu pun ada banyak di Instagram saya nampak ada orang buat remix. So, kreatiflah. Ia menunjukkan kita rakyat Malaysia walaupun situasi macam ni, kita duduk rumah, ada banyak karya yang keluar," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: