16 April 2020
KONGSI FOTO MASA KECIL - WAJAH MAYA KARIN DIKATA MIRIP ANAK NABILA HUDA
Pelakon Maya Karin baru-baru ini menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi kepada umum gambar kenangan dirinya sewaktu zaman kanak-kanak yang mana ketika itu dia masih lagi dibangku sekolah. Gambar tersebut memaparkan Maya bersama rakan kelasnya ketika usianya sembilan tahun yang dirakam di Padang, Indonesia.
"Major major major throwback. Bapa saya yang berada di Bangkok mengirim gambar ini kepada saya. Ini ialah saya ketika berumur sembilan tahun bersama satu-satunya rakan kelas. Saya bersekolah di sebuah sekolah rendah Jerman di Padang.
"Selama enam tahun, saya hanya pernah ada seorang rakan kelas. Pertama Andreas Grieder, kemudian Steffen Lehmann, Ini adalah saya bersama Steffen di satu tempat di Sumatera," kongsi Maya pada gambar tersebut yang kini sudah mendapat lebih 6,000 tanda suka.
Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, gambar yang dikongsikan Maya itu kemudian mendapat perhatian netizen yang menyifatkan bahawa wajahnya itu mirip anak pelakon Nabila Huda, Keisha: "Laa..ingatkan Keisha tadi.. - "@kupu_kupu Kiesha ke tu?? Hehehe.
"Mulanya, ingatkan anak Nabila Huda. - "Kamu mirip Keisha... anak Abil @kupu_kupu.. sangat comel. - "Muka macam anak Nabila Huda," tulis sebahagian netizen di ruangan komen.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak, Instagram Maya Karin & Keisha
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment