09 April 2020

BERJAUHAN KERANA PKP - ISSEY VIDEO CALL ISTERI & ANAK-ANAK, BELAJAR MASAK


"Disebabkan saya dan isteri tinggal berjauhan jadi kami tak boleh berjumpa sepanjang PKP ini, memang terasa rindu... kalau dahulu seminggu sekali kami jumpa, tapi sekarang ini hampir sebulan tak jumpa! Sebagai langkah penyelesaian untuk mengubat kerinduan... kami akan video call setiap hari, bertanya khabar dan berborak.





"Paling lucu, nak memasak pun saya video call isteri untuk tanya cara-cara memasak. Iyalah, sebelum ini saya jarang ke dapur, jadi sekarang inilah baru mula belajar memasak," demikian kata penyampai radio Suria FM, Issey Fazlisham yang memberitahu dia menggunakan teknologi internet bagi berhubung dengan keluarga yang kini berada di Kelantan, selepas terpaksa berjauhan.

Menurut Issey, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini (PKP), dia menghubungi isteri dan anak-anak menerusi panggilan video setiap hari. Issey berkahwin dengan Noor Aimi Jamel pada 22 Disember tahun lalu dan memiliki tiga orang anak tiri.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, Issey berkata dia mempelajari banyak perkara baharu antaranya bekerja dari rumah sepanjang tempoh pelaksanaan PKP ini: "Mula-mula tu kekok juga nak on air dari rumah, tapi lama-lama dah mula rasa terbiasa dan bukanlah satu masalah besar bagi kami. Ada masa kami bergilir-gilir masuk konti untuk elakkan berkumpul ramai-ramai.

"Apabila timbul wabak Covid-19 ini kita kena biasakan diri secepat mungkin dan ada hikmah juga sebab saya dapat belajar banyak benda baharu terutamanya berkaitan teknologi. Sekurang-kurangnya bertambah juga ilmu mengenai dunia digital.

"Apa-apa pun, marilah kita sama-sama doakan semoga wabak ini cepat berakhir," ujar Issey yang mengendalikan program Team Pagi Suria bersama Fizi Ali dan Ajak setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 6 pagi hingga 10 pagi.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: