04 April 2020
DISINDIR "DAH LUNCH TIME, RISAU ARTIS KITA TAK MAKAN" - LINDA EVA NAIK ANGIN
Nampaknya perang antara artis dan netizen terus berlarutan apabila penyanyi Linda Eva dihujani kecaman hanya kerana menegur sikap biadab seorang individu di media sosial.
Linda yang pernah popular menerusi lagu 'Bulan Cinta' itu berkata, dia terkesan dengan individu tersebut yang memuatnaik status "sudah masuk lunch time ni... artis-artis ada duit ke nak makan? Bukan apa, risau..."
Kata Linda yang juga ibu kepada penyanyi Haziq daripada kumpulan Putera Band, dia begitu sensitif apabila dihina berkaitan soal rezeki.
Klik untuk gambar besar
"Orang hina kita pasal makan, saya sensitif bab-bab makan ni... Hal lain saya tak nak sentuh, cuma saya tersentuh hal makan. Asalkan anak aku tak minta duit kau!" katanya.
Dalam pada itu, Linda bersyukur dikurniakan bakat memasak membolehkan dia menjalankan perniagaan makanan ketika Perintah Kawalan Pergerakan.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment