21 April 2020

DITUDUH 'KAKI PEREMPUAN' - KUCAIMARS KATA DAKWAAN ITU TIADA BUKTI


Berhubung tuduhan 'kaki perempuan' oleh seorang pengguna laman Twitter, penyanyi Kucaimars berkata perkara tersebut tidak memberi kesan kepadanya. Menurut Kucaimars atau nama sebenarnya Amirul Husyairi Nani, 23, dia menyedari dakwaan tersebut menjadi tular di laman sosial namun memilih untuk tidak mengambil perkara itu secara serius.





Malah, penyanyi lagu 'Khayalan' ini enggan mengambil sebarang tindakan dan mahu membiarkan sahaja perkara itu menjadi bualan netizen: "Sebenarnya saya jarang lihat Twitter tapi saya sedar mengenai dakwaan tersebut selepas ramai peminat yang tag saya di status itu. Dah nak masuk bulan Ramadan pun, ada orang buat macam itu.

"Sejujurnya semua dakwaan tersebut adalah tidak benar. Kalau betul, sudah tentu saya akan melawan semula. Tapi memandangkan ia hanya rekaan, saya malas nak layan. Lagipun orang yang mendedahkan perkara itu menggunakan akaun palsu. Saya jenis yang tak kisah sangat bab ini dan mahu biarkan saja tanpa sebarang tindakan," kata Kucaimars kepada mStar.

Klik untuk gambar besar


Kucaimars diminta mengulas mengenai paparan skrin perbualan antara dua pihak dan salah seorang individu tersebut mendakwa kawan perempuannya pernah mangsa Kucaimars. Menerusi perbualan tersebut, individu itu mahu mendedahkan perangai buruk Kucaimars yang gemar mempermainkan wanita dan meninggalkan mereka selepas memberiakan janji manis.

Dalam pada itu, bekas peserta program Big Stage musim pertama ini memberitahu biarpun tuduhan tersebut dilihat negatif namun dia mahu mengambil perkara itu secara positif: "Apa yang didakwa itu pun tanpa ada bukti dan memang individu tersebut sengaja nak reka cerita. Benda ini pertama kali terjadi dan saya anggap ia asam garam dalam industri hiburan.

"Walaupun ia sesuatu yang agak negatif tapi saya ambil secara positif sahaja. Mungkin individu tersebut mahukan perhatian dan dalam pada masa yang sama dia beri perhatian itu kepada saya. Sekurang-kurangnya dia memberi peluang untuk orang mengenali saya. Kepada orang yang reka dan sebarkan cerita itu, semoga dia berjaya dalam hidupnya," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: