21 April 2020

PISANG - MARRIED, AVOCADO - I'M THE BETTER HALF : BELLA & ALIFF DAH RUJUK?


Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Bella Astillah menerusi ruangan Insta Stories miliknya telah memberi bayangan sudah berkahwin dengan menggunakan imej buah pisang dan avocado. Untuk pengetahuan, di kalangan pengguna laman sosial wanita sedang tular kempen kesedaran kanser payudara.





Menerusi mesej tersebut kaum wanita dikehendaki memilih buah-buahan sebagai kod yang mewakili status diri masing-masing tanpa perlu menyebut ia mempunyai kaitan dengan kempen yang sedang dijalankan.

Menerusi pemerhatian, imej yang dimuatnaik Bella ada kaitan dengan kempen kesedaran tersebut dan bekas isteri kepada Aliff Aziz itu telah memilih pisang yang mewakili status "sudah berkahwin" dan avocado "saya sudah dimiliki".

Sementara itu, Bella ketika ditanya mengenai dakwaan sudah kembali bersama Aliff Aziz menerusi segmen #ArtisDudukDiam bersama Astro Gempak, tidak menafikan atau mengiyakan perkara tersebut.

Klik untuk gambar besar


"Ramai yang tertanya-tanya tentang hubungan kami, saya hendak merahsiakan atau menipu tetapi biarlah biarlah masa yang menentukan. Doakan yang baik-baik. Terpulang kepada andaian masing-masing," katanya tersenyum penuh makna.

Dalam pada itu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah berkata dia juga mengambil keputusan untuk tidak lagi berkongsi mengenai kisah peribadi secara terbuka di laman sosial.

"Buat masa sekarang saya lebih selesa untuk tidak berkongsi hal peribadi secara terbuka di media sosial kerana tidak mahu mengulangi perkara lepas. Saya belajar daripada kejadian yang lepas-lepas dan ia mengajar saya menjadi lebih matang sekarang," ujarnya positif.










www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: