21 April 2020

KENA GODAM - USTAZ DON DANIYAL TERPAKSA BUAT AKAUN IG BARU


"Assalamualaikum, ini Instagram baru saya, adapun yang sebelum ini telah digodam dan nasihat saya kepada semua pengguna instagram, tolong tingkatkan keselamatan anda. Yang dah banyak like dan sebagainya, dan gambar-gambar yang anda muatnaik sebagai keeper, nak simpan gambar-gambar kenangan kita, takut nanti hilang bila orang lain godam, macam mana yang terjadi kepada saya.





"Jadi nasihat saya, Allah sebaik-baik pemelihara dan kepada Allah jualah kita meminta perlindungan," demikian kata penceramah berstatus selebriti, Uztaz Don Daniyal Don Biyajid yang memberitahu bahawa akaun Instagram miliknya sebelum ini sudah tidak dapat diakses akibat digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Perkara itu dimaklumkan Uztaz Don Daniyal menerusi akaun Instagram miliknya yang baharu @ddaniyaldbiyajid. Uztaz Don yang baru ingin mulai aktif untuk menggunakan Instagram itu terpaksa akur kehilangan lebih 62,000 pengikut.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu ahli kumpulan UNIC, Fahkrul yang turut menyampaikan perkhabaran tersebut mengenai sahabatnya itu di Instagram menjelaskan akaun tersebut gagal diperoleh semula: "Ustaz Don suruh beritahu kat semua, Instagram dia kena godam. Tak dapat selamatkan.

"Katanya sebab email skali kena kebas. Dahlah baru nak terer main IG, follow IG baru dia @ddaniyaldbiyajid guys. Sekarang musim Perintah Kawalan Pergerakan, ramai makin hebat jadi penggodam sebab menghadap internet hari-hari kot. Hati-hati," tulisnya.








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Uztaz Don Daniyal & Fakhrul UNIC


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: