05 April 2020

FAZURA & ABANG BURGER 'PENYELAMAT' ZARINA: "DIA PUNYA AMOUNT... TERKEJUT ANJU!"


"Tadi Anju dan Yaz dah belanja sampai kad (kredit) dah decline. Kita ingat cukuplah untuk hari ini, tk ada rezeki nak belanja lebih. Tapi tiba-tiba ada sorang kakak artis ni DM nak contribute. Ya Allah, dia punya amount yang dia transfer kat Anju, terkejut Anju!





"Tau siapa tak? Kak Fazura kita," demikian kata Zarina Anjoulie atau lebih mesra dipanggil Anju menerusi IGTV di laman Instagramnya yang berkongsi kisah bagaimana dia dan teman lelakinya membeli barangan keperluan buat mereka yang tidak mampu.

Mesej langsung (DM) yang dilayang pelakon Nur Fazura menjadi 'penyelamat' apabila Zarina berdepan masalah membayar barangan keperluan untuk diagih kepada golongan kurang berkemampuan, kelmarin. Mengalami masalah apabila kad kredit melebihi had ketika hendak membuat bayaran, Zarina hampir beredar dengan niat datang kembali ke kedai berkenaan, semalam.

Namun, DM diutus Fazura yang menawarkan bantuan, membolehkan Zarina membayar semua barangan itu. Zarina yang sebelum ini dikatakan lantang memberikan pendapat tentang permintaan beberapa orang artis itu juga ingin berterima kasih kepada Abang Burger Oraits yang turut menghulurkan wang untuk membeli barangan keperluan.

Klik untuk gambar besar


"Ini semua duit Kak Fazura dan Abang burger tadi. Beras, susu, pampers, ni semua ni sumbangan Kak Fazura dan abang burger. Anju nak cakap thank you so much pada Kak Fazura dan Abang Oraits Burger kerana bagi sumbangan," tutur Anju dalam video tersebut.

Pada masa yang sama, Anju juga meminta supaya orang ramai tidak datang ke rumahnya kerana dia ingin utamakan barangan tersebut untuk orang yang benar-benar memerlukan: "Saya belajar sesuatu iaitu jika kita berniat baik hendak membantu orang, walaupun berhadapan masalah, Allah tetap membuka jalan," kata pelakon 'Anak Pontianak' ini.

Menerusi video itu, Zarina turut menunjukkan barangan keperluan yang dibeli menggunakan wang sumbangan Fazura bersama seorang lagi dermawan yang juga pengusaha burger. Antara barangan yang dibeli adalah lampin pakai buang, susu formula serta makanan seperti beras, roti, telur dan pelbagai lagi.

Terharu dengan sifat murah hati pelakon Dendam Pontianak itu, Zarina meminta semua pihak yang menonton video berkenaan agar membanjiri IG Fazura dengan emoji cinta dan ucapan terima kasih.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Berita Harian, Instagram Zarina Anjoulie & Nur Fazura


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: